Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rex Tillerson mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang rancangan pentadbiran baharu Amerika Syarikat untuk menamatkan polisi satu Cina Rumah Putih selama ini.
Calon Setiausaha Negara A.S yang baharu, Rex Tillerson di dalam perbicaraan pengesahan di Senat A.S pada hari Rabu berkata bahawa beliau tidak tahu menahu tentang sebarang rancangan oleh pentadbiran akan datang Rumah Putih untuk menamatkan polisi satu China negara itu.
"Saya tidak tahu menahu tentang sebarang rancangan untuk menukar polisi 'Satu China'," kata Tillerson kepada Suruhanjaya Hubungan Luar Negara Senat.
Pada 11 Disember lepas, Donald Turmp berkata bahawa beliau tidak akan terikat dengan polisi 'Satu China' dalam menentukan hala tuju hubungan Washington dengan Taiwan.
Calon Setiausaha Baharu A.S Tidak Tahu Menahu Tentang Perubahan Polisi Satu China Di Dalam Pentadbiran Trump
11 Januari 2017 - 21:50
News ID: 804396
Rex Tillerson mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang rancangan pentadbiran baharu Amerika Syarikat untuk menamatkan polisi satu Cina Rumah Putih selama ini.